Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (kedua-dua hala) iaitu di antara lampu isyarat Jalan Istana Nurul Iman dan lampu isyarat pintu depan Istana Nurul Iman, hala Bandar dan hala Telanai.
JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa penutupan yang mula dilaksanakan pada 12 Disember hingga 21 Disember dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu untuk memberi laluan bagi kerja-kerja melapis semula jalan raya.
Sehubungan dengan itu, JKR ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan.
JKR menyatakan sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan Instagram @JKRBRUNEI.


