Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan

    Oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di tiga lokasi.

    Menurut JKR, separuh jalan di Lebuh raya Muara Tutong kawasan KM 52.4 hingga KM 52.2 (Hala Muara) akan ditutup sementara pada 28 dan 29 Oktober dari 8 pagi hingga 5:30 petang.

    Penutupan berkenaan adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan penurapan aspal baharu di jalan tersebut.

    Sementara itu di Daerah Belait, sebahagian jalan berdekatan Simpang 446 Jalan Maulana, Kuala Belait akan ditutup sementara pada 28 Oktober ini bagi kerja-kerja pembaikan jalan berkenaan.

    JKR menjelaskan, penutupan bermula pukul 8:30 pagi hingga kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan.

    Manakala itu, sebahagian jalan di Jalan Bunga Kemantin dan Jalan Bunga Kuning, Seria pada 4 November depan bagi kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan terbabit.

    Penutupan sementara bermula pukul 8:30 pagi sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan-kawasan berkenaan serta menggunakan jalan lencongan yang disediakan.

    Gambar oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda