Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Hassanal Bolkiah, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah dan di Jalan Sekolah, Bandar Seri Begawan.

    JKR menyatakan penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Hassanal Bolkiah, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah (hala Sungkai Akar) bermula esok hingga 29 Mei dari pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi, bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan untuk dilaksanakan.

    Manakala itu, penutupan sementara separuh jalan di Jalan Sekolah bermula esok hingga 30 April dari pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi, bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jejantas di jalan berkenaan.

    Dalam hubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Hassanal Bolkiah mulai hari ini. – GAMBAR SERAHAN JKR
    Peta menunjukkan lokasi jejantas yang diselenggarakan di Jalan Sekolah, Bandar Seri Begawan. – GAMBAR SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda