Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Jabatan Kerja Raya memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di persimpangan Lampu Isyarat J3 di Jalan SOAS dan Jalan Pemancha.
Penutupan yang disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan loop sensor ini akan bermula pada 15 Mei hingga 22 Mei dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang ditetapkan.


