Monday, July 8, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan jalan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Gadong, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah, hala Bandar Seri Begawan, pada 5 Julai hingga 1 September bermula pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan untuk dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Jalan di jejambat Gadon yang terlibat. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...