Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai akan berlaku penutupan sementara jalan iaitu laluan tengah di jalan utama Berakas menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Penutupan sementara jalan laluan tengah di jalan utama Berakas menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN JKR

    Penutupan itu akan bermula 12 hingga 31 Ogos dari pukul 9 malam hingga 5 pagi, yang mana penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan jalan.

    Sementara itu, JKR juga ingin memaklumkan mengenai kerja-kerja penyelenggaraan di separuh jalan terowong Jame’ ‘Asr, lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah dilanjutkan sehingga 10 September ini.

    Kerja-kerja penyelenggaraan di separuh jalan terowong Jame’ ‘Asr dilanjutkan sehingga 10 September ini. – GAMBAR SERAHAN JKR

    Manakala, dalam kenyataan berasingan, JKR ingin memaklumkan mengenai penutupan sementara sebahagian jalan juga akan dilaksanakan di Daerah Belait di Jalan Bunga Kuning, Seria pada 14 Ogos ini.

    Penutupan sementara sebahagian jalan di Daerah Belait di Jalan Bunga Kuning, Seria pada 14 Ogos ini. – GAMBAR SERAHAN JKR

    Penutupan adalah disebabkan bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan paip pembetung yang akan bermula pada pukul 8:30 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda