Makluman penutupan jalan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di jambatan Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah dan Jalan Penghubung Menglait.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan yang bermula esok hingga 30 Jun, dari 9 malam sehingga 6 pagi, itu adalah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja penurapan aspal jalan raya.

Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.