Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Separuh jalan di Lebuhraya Tungku hala pusat bandar dan di Pusing Keliling Muara Lebuh Raya Muara-Tutong akan ditutup sementara.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Tungku hala pusat bandar akan bermula esok dari pukul 10 pagi hingga 4:30 petang yang mengambil masa selama sebulan.

    Penutupan sementara berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pencantasan dahan-dahan pohon dan pemotongan pokok di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

    Sementara itu, penutupan sementara separuh jalan di Pusing Keliling Muara Lebuh Raya Muara-Tutong akan bermula esok hingga 5 Disember ini bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya yang rosak di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, JKR mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi JKR melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat 8333123 atau menerusi e-mel pro@pwd.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda