Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Jabatan Kerja Raya ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan separuh jalan di Jalan Kasat menuju ke Bandar Seri Begawan yang akan bermula pada 4 hingga 8 Mac pukul 7:30 pagi.
Lokasi penutupan jalan berkenaan adalah di Jalan Kasat, berdekatan dengan Simpang 288 menuju Bandar Seri Begawan.
Penutupan jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasa-ngan dinding gabion di jalan tersebut dapat dilaksanakan.
Sementara itu, jalan di pusingan U Lebuh raya Muara-Tutong juga akan ditutup bermula pada 3 Mac pukul 8:30 pagi.
Penutupan jalan berkenaan adalah atas sebab pembukaan Jejambat Lugu untuk penggunaan lebuh raya berkenaan. Pengguna lebuh raya dari Muara yang ingin membuat pusing U menuju ke Muara disarankan untuk menggunakan Jejambat Lugu dan membuat pusing U di pusing keliling rancangan perumahan negara.
Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ingin mengingatkan para pengguna jalan berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 123 ( 8333123) ataupun e-mel: pro@pwd.gov.bn.
