Wednesday, December 18, 2024
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan di beberapa lokasi

    Peta menunjukkan lokasi 1 penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JKR
    Peta menunjukkan lokasi 2 penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah.

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di tiga lokasi Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah bagi kerja-kerja melapis semula jalan raya dari pukul 8 malam hingga 5 pagi.

              Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menjelaskan bahawa lokasi 1 adalah lorong kiri hala Gadong di mana penutupan sementara bermula dari hari ini hingga esok, lokasi 2 di lorong tengah hala Gadong juga bermula hari ini hingga 30 Mac manakala itu, kerja-kerja di lokasi 3, lorong kiri hala Berakas, pula akan bermula esok hingga 31 Mac.

     

    Peta menunjukkan lokasi 3 penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah.

              Sehubungan itu, para pengguna jalan di nasihatkan untuk mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan apabila melalui kawasan-kawasan berkenaan.

              Secara berasingan, JKR turut memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di kawasan KM 18.5 hingga KM 16.7 hala Belait bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang.

              Penutupan berkenaan adalah untuk memberi ruang kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melaksanakan kerja-kerja mengawal kebakaran hutan yang berlaku pada masa ini.

              Orang ramai boleh menggunakan Jalan Lumut-Anduki sebagai alternatif, jika perlu untuk menuju ke Seria dan diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta mengurangkan had laju ketika menggunakan lebuh raya tersebut, kerana keadaan asap yang tebal yang boleh mengganggu jarak penglihatan.

              Sebarang aduan berkaitan dengan jalan raya, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 dengan segera.

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda