Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di dua lokasi, masing-masing di Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait dan jalan berhampiran Pusing Keliling Berakas, Jalan Muara.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berhampiran Pusing Keliling Berakas, Jalan Muara akan bermula esok hingga 3 September dari 7 malam hingga 5 pagi.
Penutupan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan.
Sementara itu, sebahagian jalan di Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait akan ditutup pada 2 September bermula 8:30 pagi untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan di jalan berkenaan dilaksanakan
Jabatan itu menyatakan bahawa jalan lencongan telah disediakan dan menasihatkan kepada para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi hal laju yang dibenarkan ketika melalui kawasan-kawasan berkenaan.