Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Labu, Daerah Temburong di tiga lokasi pada 12 hingga 20 Jun bermula pukul 7 pagi hingga pukul 5 petang.
Menurut JKR, lokasi penutupan adalah di jalan berhadapan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, jalan berdekatan Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara dan jalan berdekatan stesen minyak Shell di mana penutupan disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan raya di lokasi-lokasi berkenaan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


