Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan raya

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Simpang 40, Persimpangan Jalan Sungai Akar bermula kelmarin hingga 24 Disember tertakluk keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutup sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja mengubah suai simpang bagi pemasangan lampu isyarat untuk dilaksanakan.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Simpang 40, Persimpangan Jalan Sungai Akar. – Gambr serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda