Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan sementara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Pusing Keliling Manggis, Jalan Muara pada 17 Julai hingga 20 Julai bermula pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di pusing keliling berkenaan dilaksanakan.

    Oleh itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa mematuhi papan tanda jalan serta had laju yang ditetapkan.

     Sebahagian dari pusing keliling di Manggis yang ditutup. – GAMBAR SERAHAN JKR

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda