Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Muara, Kampung Salambigar (hala Muara) pada 22 November bermula pukul 7.30 pagi sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih kerosakan kalbat di Jalan Muara untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya bahawa jalan lencongan disediakan serta menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.