Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan sementara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di Simpang 236, Jalan Tungku bermula hari ini pukul 7:30 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih kerosakan kalbat di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembaikan kalbat di Jalan Tungku kelmarin hingga kerja-kerja selesai. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda