Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan laluan bas shuttle ke Hospital RIPAS

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Dalam usaha memastikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta mementingkan kesejahteraan dan keselesaan orang ramai, Kementerian Kesihatan sedang mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk meningkatkan kemudahan dan operasi.

    Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa jalan menuju ke Bahagian Pesakit Luar iaitu tempat penurunan bas shuttle, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan ditutup sementara bermula dari pukul 6 pagi pada 16 Januari sehingga 19 Januari.

    Penutupan ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja penggantian atap dilaksanakan.

    Semasa tempoh penutupan tersebut, para penumpang bas shuttle akan diturunkan di tempat penurunan sementara di Blok 3 iaitu berhadapan dengan Pusat Jantung dan Koperasi BKSS, Hospital RIPAS.

    Manakala, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif bagi tempat penurunan melalui Parking Basement 1, Bahagian Pesakit Luar dan di Lobi Blok 5 (kompleks wad).

    Sehubungan itu,Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul dan sangat-sangti menghargai kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah ini.

    Bagi sebarang maklumat terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian  Kesihatan: www.moh.gov.bn, media sosial rasmi Kementerian: @mohbrunei, menghubungi Talian Darussalam 123 atau melalui aplikasi MOHcares.

    Peta laluan alernatif semasa penutupan berkenaan.
    Kawasan laluan bas shuttle akan ditutup sementara. – Gambar Fail

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda