Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Kerja-kerja pembinaan jejantas pejalan kaki di Jalan Tutong iaitu berdekatan Sekolah Rendah Orang Kaya Setia Bakti Kilanas, akan bermula pada 2 Oktober hingga kerja-kerja selesai.
Berikutan dengan kerja-kerja tersebut, penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Tutong akan bermula dari pukul 9 malam hingga 5 pagi, dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.
Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.


