Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sebahagian Jalan Bunga Simpur

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait mulai 1 Mac selama satu bulan.

    Penutupan sementara jambatan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan di jalan berkenaan dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan raya alternatif yang terdapat di kawasan berkenaan.

    Sehubungan itu, pihak Jabatan ingin mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Untuk sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak Jabatan melalui Talian Darussalam 123 (TD 123), Livechat TD 123 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda