Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan di dua kawasan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Jabatan Kerja Raya ingin memaklumkan kepada pengguna jalan raya bahawa terdapat penutupan sementara jalan susur dan penutupan sebahagian jalan berhampiran pusing keliling Jalan Menglait 1 menuju ke Jalan Landasan Lama yang akan bermula esok, 6 November hingga 8 November 2024.

    Penutupan tersebut akan bermula dari pukul 7 pagi hingga 6 petang bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan sub-soil drain di kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR

    Manakala penutupan sementara separuh jalan juga akan dilaksanakan di lampu isyarat J16 iaitu bersimpangan Jalan Haji Basir/Jalan Simpang/ Jalan Kumbang Pasang/ Jalan Jame ‘Asr pada 8 November hingga 14 November.

    Penutupan yang bermula dari pukul 10 malam hingga 4 pagi itu adalah disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan loop sensor.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR

    Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menasihatkan kepada pengguna jalan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda