Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan raya di Lampu Isyarat J82, Jalan Bengkurong Masin/Jalan Penghubung Junjongan pada 13 hingga 19 Disember bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan loop sensor dam lampu di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.