Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara jalan di persimpangan Lebuh Raya Muara Tutong/Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar pada 11 Januari.

    Menurut kenyataan JKR, penutupan yang bermula dari 9 pagi hingga 2 petang adalah disebabkan kerja-kerja concreting bagi pembinaan jejambat.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif.

    Selain itu, pengguna jalan juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Peta menunjukkan lokasi persimpangan Lebuh Raya Muara Tutong/Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda