Thursday, March 13, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada pengguna jalan Delima Dua berdekatan Sekolah Rendah Anggerek Desa akan ditutup sementara jalan berkenaan pada 17 Mac dari pukul 7.30 pagi hingga kerja selesai.

    Penutupan sementara jalan adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan dinding longkang dan laluan pejalan kaki.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif melalui simpang-simpang berhampiran.

    Selain itu, pengguna jalan berkenaan juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda