Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara jalan susur masuk hala Bandar Seri Begawan di Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bermula hari ini hingga 10 Oktober.

    Penutupan akan bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi itu adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan raya.

    Sehubungan itu, jabatan menasihatkan kepada pengguna jalan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda