Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha iaitu di bawah jejambat persimpangan Jalan Pengiran Babu Raja bermula hari ini sehingga 5 Ogos.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa penutupan sementara itu, akan bermula pukul 10 malam hingga 6 pagi menghala ke pusat bandar, adalah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja melapis semula jalan raya di kawasan tersebut.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta berhemah dan bertimbang rasa selaku pengguna jalan raya dan mematuhi peraturan-peraturan jambatan dan papan-papan tanda lalu lintas serta mematuhi had laju yang dibenarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebarang pertanyaan serta aduan, orang ramai boleh lah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam 123 / livechat +673 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda