Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di jalan susur menuju lampu isyarat J80, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah / Jejambat Hospital RIPAS bermula hari ini hingga 2 Julai.

    JKR menerangkan bahawa penutupan dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca, adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan kabel baharu bagi lampu isyarat berkenaan dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah/Jejambat Hospital RIPAS. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda