Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di kawasan X-5 berdekatan Simpang 430, Jalan Maulana, Kuala Belait pada 18 Disember bermula pukul 8:30 pagi hingga kerja-kerja pembaikan selesai.
JKR menyatakan bahawa penutup sementara sebahagian jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan itu untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk menggunakan jalan lencongan yang ada di kawasan itu serta disarankan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


