Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jalan Utama Berakas berhadapan sekolah IBTE School of Aviation iaitu menghala Lambak ditutup sementara bermula 1 Ogos 2024 dari pukul 9 malam sehingga tarikh yang ditetapkan kemudian.

    Penutupan sementara itu adalah disebabkan jambatan pejalan kaki telah mengalami kerosakan struktur sebab dilanggar oleh sebuah kenderaan yang melebihi had tinggi.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif untuk menuju ke kawasan Lambak sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Lokasi penutupan jalan yang terlibat. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda