Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan di dua kawasan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Batu Bersurat berhadapan Happy Star bermula hari ini hingga 31 Ogos dari pukul 7 pagi bagi memberi laluan untuk kerja pembaikan jalan di kawasan tersebut.

    Manakala, JKR juga ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutup sementara jalan di Jalan Muara berdekatan Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

    Penutupan itu akan bermula esok hingga 7 September ini dari pukul 10 malam hingga 5 pagi, yang mana penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan jejantas.

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Antara kawasan yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan jalan di Jalan Batu Bersurat. – GAMBAR SERAHAN JKR
    Kawasan yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan jalan di Jalan Muara. – GAMBAR SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda