BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sepenuh jalan berhadapan Gerai Panchar Harapan Manggis, di Simpang 23, Jalan Manggis Satu, pada 25 Jun sehingga kerja-kerja selesai bermula pukul 7 pagi hingga kerja-kerja selesai.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara sepenuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan kabel BPC 66kV untuk dilaksanakan.
Sementara itu, JKR turut memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai penutupan sepenuhnya jalan di Jalan Cempaka bagi kerja-kerja pembaikan jalan konkrit pada 26 Jun sehingga kerja-kerja selesai bermula pukul 7 pagi hingga pukul 6 petang.
Dalam hubungan itu, JKR menyatakan kepada para pengguna jalan-jalan berkenaan bahawa laluan alternatif disediakan dan menasihatkan mereka untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.



