Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara lampu isyarat

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara lampu isyarat JT1, Lebuh raya Muara-Tutong/Jalan Sungai Basong (Tutong Kem) pada 1 Disember untuk membolehkan kerja-kerja pemasangan controller baharu dilaksanakan.

    Penutupan bermula 8:30 pagi hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sehubungan itu, para pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, bertolak-ansur dalam memberikan jalan serta mematuhi arahan lalu lintas.

    Peta menunjukkan kawasan lampu isyarat JT1, Lebuh raya Muara-Tutong/Jalan Sungai Basong (Tutong Kem) yang ditutup sementara pada 1 Disember.- GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda