Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J59, Jalan Utama Mentiri-Salambigar bermula esok hingga 25 November dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih loop sensor di lampu isyarat tersebut.
Para pengguna jalan raya berkenaan dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.


