Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J54 Jalan Tutong/Jalan Kilanas-Mulaut Ban 6 (Masjid Kampung Kilanas) dan di lampu isyarat J75 Jalan Pasir Berakas/Jalan Utama Terunjing/Jalan Dato Mahawangsa.

    Penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J54 Jalan Tutong/Jalan Kilanas-Mulaut Ban 6 (Masjid Kampung Kilanas) pada 24 November adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan kabel baharu bermula pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai iaitu tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sementara itu, penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J75 Jalan Pasir Berakas/Jalan Utama Terunjung/Jalan Dato Mahawangsa bermula hari ini hingga 29 November bagi kerja-kerja membaik pulih loop sensor di lampu isyarat berkenaan bermula 11 malam hingga 4 pagi iaitu tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

    ATAS & BAWAH: Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Lampu Isyarat J54 Jalan Tutong/Jalan Kilanas-Mulaut Ban 6 (Masjid Kampung Kilanas) dan di Lampu Isyarat J75 Jalan Pasir Berakas/Jalan Utama Terunjing/Jalan Dato Mahawangsa. – GAMBAR SERAHAN JKR
    GAMBAR SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda