Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan loop sensor di lampu isyarat J75, Jalan Pasir Berakas/ Jalan Utama Terunjing, penutupan sementara jalan akan dilaksanakan pada 25 Disember hingga 1 Januari 2024.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan sementara itu akan bermula dari pukul 11 malam hingga 4 pagi dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.
Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.
Dalam kenyataan berasingan, jabatan berkenaan turut memaklumkan orang ramai di Kuala Belait mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Raja Isteri, Seria pada 23 Disember ini.
Penutupan yang bermula pada pukul 8:30 pagi itu adalah bagi kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan berkenaan.
Jabatan berkenaan juga mengingatkan para pengguna jalan raya di kawasan itu supaya menggu-nakan jalan lencongan yang ada di kawasan berkenaan dan disarankan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.



