Tuesday, July 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara Jalan Simpang 88/94, Jalan Muara pada 22 Jun hingga 7 Julai.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembesaran jalan di simpang itu untuk dilaksanakan.

    Oleh yang demikian, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif di kawasan berkenaan dan sentiasa mematuhi papan tanda serta had laju yang dibenarkan.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembesaran jalan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir, tanah runtuh di India ragut 16 nyawa

    GUWAHATI, 2 JULAI – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dalam tempoh dua minggu lalu di...