Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di sepanjang Jalan RIPAS pada 22 Julai hingga 4 Ogos bermula pukul 9 pagi hingga pukul 4.30 petang.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan longkang untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati semasa melalui kawasan itu.
