Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Berakas Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah (Hala Gadong) pada 31 Julai hingga 7 Ogos bermula pukul jam 11 malam hingga pukul 5 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Lokasi yang terlibat. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda