Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Berakas, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah, hala Gadong pada 20 Ogos hingga 3 September bermula pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.


