Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah berdekatan KM 4.8 menghala Gadong akan bermula 14 September hingga 15 September.

    Penutupan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan raya di Lebuhraya tersebut dan penutupan bermula dari pukul 10 malam hingga 5.30 pagi serta tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sehubungan itu, jabatan menasihatkan kepada pengguna jalan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan terutamanya apabila melalui kawasan berkenaan.

    Lokasi kawasan penutupan berkenaan. – GAMBAR DARIPADA NOTIS SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda