Sunday, September 22, 2024
34.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai terutama pengguna jalan utama Berakas, penutupan sementara separuh jalan di jalan berkenaan akan bermula esok, 23 September hingga 27 September.

    Penutupan sementara itu akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang disebabkan bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan jalan.

    Manakala satu lagi penutupan separuh jalan juga akan berlaku di Jalan Telanai berdekatan Simpang 29 menghala Jalan Gadong bagi kerja-kerja pembaikan kabel.

    Penutupan ini akan bermula pada 23 September hingga 6 Oktober dari pukul 7 pagi hingga 5 petang dan bergantung kepada keadaan cuaca.

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arah jalan raya dan had kelajuan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Kawasan di Jalan Utama Berakas yang terlibat dalam penutupan separuh jalan berkenaan.
    Kawasan di Jalan Telanai berdekatan Simpang 29 yang terlibat dalam penutupan separuh jalan berkenaan. – GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda