Wednesday, October 2, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Pasir Berakas pada 2 Oktober hingga 6 Oktober bermula pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan longkang bawah tanah di lampu isyarat Jalan Pasir Berakas/Jalan Utama Terunjing untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dengan peunutupansementara berkenaan. – GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda