Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Meragang, Lebuh raya Muara-Tutong pada 18 Oktober hingga 18 November bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang, tertakluk kepada keadaan cuaca.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.


