Friday, October 25, 2024
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Raya Panchor Perumahan Kampung Panchor pada 28 Oktober bermula pukul 8:30 pagi hingga kerja-kerja pembinaan selesai.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan jejambat dan jalan raya yang melibatkan penutupan sementara jalan keluar menuju ke Jalan Utama Mentiri dan penutupan sementara separuh jalan masuk menuju ke Perumahan Kampung Panchor untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menyatakan kepada para pengguna jalan berkenaan bahawa lencongan jalan ada disediakan serta menasihati mereka untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dalam penutupan sementara berkenaan – GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN JKR

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda