Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Kerja-kerja penurapan asfalt akan dilaksanakan di KM 6.5, Lebuh raya Muara-Tutong kawasan Rancangan Perumahan Negara Tanah Jambu (hala Muara) bermula esok, 5 November dari 8 pagi hingga 7 malam.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di lebuh raya tersebut sehingga kerja-kerja selesai tertakluk kepada keadaan cuaca.
Dalam hubungan itu, para pengguna jalan raya berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.