Tuesday, November 26, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh: Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Terowong Jame’ ‘Asr, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah pada 13 November hingga 30 November bermula pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di terowong berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat. – GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda