Oleh: Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai pengemaskinian status penutupan sementara separuh jalan di Jalan Pengiran Babu Raja bermula hari ini, 17 Disember hingga kerja-kerja selesai dari pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/12/7-Jalan_f.png)