Oleh: Sim Y. H.
SERIA, 7 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Seria, Jalan Tengah bermula hari ini, 7 Januari hingga 17 Januari pada pukul 9 malam hingga pukul 5 pagi.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.