Sunday, January 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh: Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan bagi kerja-kerja pembaikan lampu isyarat di beberapa lokasi di Daerah Brunei Muara pada 14 Januari bermula pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa lokasi-lokasi penutupan sementara separuh jalan berkenaan ialah J63- Jalan Tutong/ Jalan Mulaut Limau Manis, J84-Jalan Penghubung Junjungan Jalan Bengkurong / Jalan Junjongan, J94- Jalan RIPAS / Jalan Istana Nurul Iman / Spg 237, J30- Jalan Dato Ratna / Jalan Kiarong dan J31- Jalan Beribi / Jalan Pengiran Babu Raja / Jalan Dato Ratna.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

       Beberapa lokasi yang terlibat dengan penutupan sementara. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda