Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Sungai Akar berdekatan Simpang 40 pada 5 Februari hingga 18 Februari bermula pukul 6 malam hingga pukul 6 pagi.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja asfalt dan road marking untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.