Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah, berdekatan simpang menuju Madang Complex, hala Sungai Akar disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan raya yang rosak dan pemasangan subsoil drain di jalan berkenaan.

    JKR dalam kenyataannya mengatakan kerja-kerja pembaikan akan berlangsung pada 4 November mulai jam 7:30 pagi sehingga 5:30 petang (tertakluk kepada cuaca).

    Sehubungan itu, pihak jabatan turut mengingatkan kepada para pengguna jalan raya supaya mengambil langkah untuk lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Untuk sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, WhatsApp 8333123 ataupun menerusi e-mel pro@pwd.gov.bn

    Peta menunjukkan penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan raya yang rosak dan pemasangan subsoil drain di jalan berkenaan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda